Orson Welles
Orson Welles

Orson Welles

George Orson Welles (/wɛlz/; 6 Mei 1915 – 10 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit yang terlibat dalam teater, radio dan filem. Beliau diingati untuk kerja inovatifnya dalam teater Caesar (1937); dalam radio[1] menerusi drama radio 1938 "The War of the Worlds"; dan dalam filem, Citizen Kane (1941), yang disenaraikan sebagai filem terhebat sepanjang masa oleh Institut Filem Amerika Syarikat.Di usia 20-an, Welles mengarahkan sejumlah produksi pementasan berprofil tinggi termasuklah Voodoo Macbeth iaitu adaptasi dari Macbeth dengan menggunakan pelakon berketurunan Afrika-Amerika serta muzikal politik The Cradle Will Rock. Pada tahun 1937, beliau dan John Houseman mengasaskan Mercury Theatre. Welles menjadi terkenal setelah menjadi pengarah dan narator bagi drama radio 1938 berjudul The War of the Worlds yang diadaptasi dari novel H. G. Wells dengan judul yang sama. Ia dilaporkan telah menyebabkan panik dikalangan pendengar, dan beberapa sumber menyatakan laporan panik tersebut adalah palsu.[2]Filem Citizen Kane (1941), merupakan filem pertama beliau dan diikuti dengan 12 buah filem lain termasuklah The Magnificent Ambersons (1942), Touch of Evil (1958), dan Chimes at Midnight (1966). Filem-filem lain beliau termasuklah The Lady from Shanghai (1947)[3] dan F for Fake (1973),[4] yang turut mendapat perhatian.Pada tahun 2002, Welles telah diundi sebagai pengarah filem terhebat sepanjang masa dalam dua undian Institut Filem British oleh pengarah dan pengkritik.[5][6]Welles meninggal dunia pada 10 Oktober 1985 akibat serangan jantung.[7]

Rujukan

WikiPedia: Orson Welles http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a11666183 http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=11636... http://geocities.com/orsonwelleslives/ http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0000080/ http://www.oxfordbibliographies.com/browse?module_... http://www.oxfordbibliographies.com/view/document/... http://www.popmatters.com/pm/column/119264-orson-w... http://www.rogerebert.com/reviews/great-movie-chim... http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti...